Saturday, January 30, 2010

WAFFLE COKLAT

Bahan-bahan
•1/2 cwn serbuk koko
•62g mentega
•3/4 cwn gula pasir

•2 biji telur
•2 st Esen Vanilla
•1 cwn Tepung + 1/2 sudu teh soda bikarbonat + 1/2 st garam
•1/2 cwn Susu Segar + 1 1/2 st cuka
•baking powder - sikit je.

Cara-cara
1.Gaulkan koko, majerin & gula sehingga rata.
2.Masukkan telur sebiji2 sambil di pukul rata. Campurkan esen vanilla.
3.Masukkan tepung & susu berselang-seli.
4.Bakar lah dlm acuan waffle di mana ia perlu dipanaskan dahulu sebelum dituang bancuhan tepung di atasnya... jgn lupa lengser dgn butter/minyak terlebih dahulu
5.Hidangkan dgn inti kegemaran anda - contoh : chocholate butter, maple syrup dsbnya ikut kesukaan anda.

Tuesday, January 26, 2010

PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Keluarga merupakan pengasuh yang paling penting dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak. Ini disebabkan keluarga boleh dianggap sebagai kumpulan sosial yang pertama melingkungi kanak-kanak. Kanak-kanak menghabiskan masa bersama keluarganya lebih daripada kumpulan sosial luar yang lain. Kuat atau lemahnya pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak dapat digambarkan seperti berikut:

v Jika kanak-kanak hidup dengan dikritik, dia akan belajar membenci.

v Jika kanak-kanak hidup dalam perseteruan, dia akan belajar berkelahi.

v Jika kanak-kanak hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi cemas atau bimbang.

v Jika kanak-kanak selalu diperli, dia belajar menjadi malu.

v Jika kanak-kanak hidup dalam suasana tolak ansur, dia belajar menjadi sabar.

v Jika kanak-kanak selalu diberi galakan, dia belajar yakin dengan dirinya.

v Jika kanak-kanak selalu dipuji, dia belajar untuk menghargai.

v Jika kanak-kanak merasa dirinya diterima, dia belajar berkasih sayang

v Jika kanak-kanak mendapat layanan sama rata, dia belajar menghargai keadilan.

v Jika kanak-kanak hidup dengan kejujuran, dia belajar menghargai kebenaran.

v Jika kanak-kanak hidup dengan berasa selamat, dia belajar mempercayai dirinya dan orang lain.

v Jika kanak-kanak dikenali dan dihargai, dia akan mempunyai tujuan hidup.

Pengaruh keluarga terhadap perkembangan sahsiah kanak-kanak banyak bergantung kepada sifat-sifat kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang selalu gelisah dan selalu dalam keadaan tegang, misalnya cepat berasa kecewa apabila ahli keluarga memberi perhatian yang lebih kepada adiknya yang baru lahir dibandingkan dengan kanak-kanak yang bersifat tenang. Begitu juga dengan kanak-kanak yang sihat akan memberikan reaksi yang berlainan terhadap ibubapanya yang selalu melindungi dan memanjakannya dibandingkan dengan kanak-kanak yang lemah-lembut tetapi selalu sakit.

PENGARUH TADIKA

Keadaan Bilik Darjah

Kanak-kanak akan berasa gembira, selesa, suka bekerjasama dan bersemangat untuk belajar di dalam bilik darjah yang kemas, teratur dan dapat menimbulkan suasana untuk belajar. Keadaaan bilik darjah yang tidak kemas membuatkan kanak-kanak sentiasa berasa tegang, gelisah, suka bergaduh, nakal dan tidak berminat untuk belajar. Keadaan bilik darjah banyak bergantung di atas sikap guru terhadap kerja dan murid-muridnya.

Guru

Guru boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah kanak-kanak dengan menunjukkan teladan yang boleh diikuti mereka. Murid-murid akan menganggap gurunya sebagai pengganti ibu bapa mereka. Murid-murid lazimnya akan meniru tingkah laku guru, mengikut nasihatnya serta bimbingannya.

Disiplin

Disiplin yang dikenakan di sekolah juga mempengaruhi sikap dan tingkah laku kanak-kanak. Disiplin yang ketat akan membuatkan kanak-kanak selalu berasa tegang, gelisah, timbul rasa benci dan suka bermusuh. Disiplin yang permisif akan membuat kanak-kanak tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati peraturan. Sementara displin yang demokratik akan membuatkan kanak-kanak berasa dirinya penting, riang, suka bekerjasama dan percaya pada orang lain.

PENGARUH FIZIKAL

Keletihan

Keletihan menyebabkan kanak-kanak mudah tersinggung dan suka membantah dalam hubungannya dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa.

Kekurangan makanan

Kanak-kanak yang kurang makan khususnya makanan yang berzat selalunya tidak aktif dan kurang bertenaga untuk bermain dengan rakan-rakannya. Kanak-kanak yang kurang aktif lazimnya pemalu, mudah tersinggung dan selalu berduka.

Penyakit

Kanak-kanak yang selalu sakit mempunyai emosi yang tidak stabil, selalu berduka dan bersifat terlalu bergantung kepada orang lain.

Friday, January 22, 2010

KUIH PENERAM


500gm Gula Merah
300gm Gula Pasir
1kg Tepung Beras cap gajah
2helai Daun Pandan
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Masak air(Paras air sama banyak dengan gula),gula merah,gula putih dan daun pandan hingga mendidih dan pekat sedikit.

2. tuangkan air gula yang mendidih tadi ke dalam mangkuk yang berisi tepung beras.tuang sedikit demi sedikit sambil dikacau-kacau. (Tuang ketika air masih panas supaya tepung beras tadi masak).

3.Gaul sebati dan peram selama 1 hari.Dlm tempoh 4ke5 jam adunan akan mengeras sedikit tambahkan 1/2@1 cawan air gula yang panas, kemudian uli sehingga lembut.

4.Panaskan minyak di dalam kuali, dengan api perlahan,sementara itu,Ambil adunan sebesar guli di leperkan,buatkan lubang ditengah gunakan lidi atau chopstik. goreng hingga kuih tadi timbul dan bewarna kecoklatan. (goreng hingga siap)

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

TIP MEMBUAT KUIH TART


Kredit kpd sahabat saya, KN yg telah memberi izin copy paste tip ini dari blog beliau.

KUIH TART

SELAIN nampak menarik kerana bentuknya seperti bunga, tat kelopak ini memang sedap. Jangan tunggu musim perayaan untuk membuatnya. Tidak seperti tat gulung atau dikenali juga sebagai Biskut Nastar, tat kelopak agak mudah dibuat.

Anda hanya perlukan acuan berbentuk bunga pecah enam. Ini bermakna, ia mempunyai enam kelopak di sekeliling. Jika acuan bunga pecah lapan, bermakna kelopaknya lebih kecil. Namun, anda perlu berhati-hati kerana kelopak begini mudah patah bila diubah dari papan pencanai ke dalam acuan.

Anda juga mesti sediakan tin patty yang mempunyai lubang-lubang kecil. Alas setiap satu dengan kertas atau mangkuk kek. Pilihlah yang sama saiz dengan lubang dan bercorak menarik. Dengan cara itu sahaja, tat akan terbentuk dengan elok.

Setiap kali membuat sebarang jenis tat, anda tentu mahukan inti yang enak. Inti akan menentukan sama ada tat anda sedap atau sebaliknya. Jika tidak mahu membeli yang sudah siap di kedai, anda perlu memilih buah nanas yang ranum dan manis. Namun begitu, pastikan ia tidak terlalu ranum.

Nanas yang terlalu masak mengandungi terlalu banyak air. Ini menyukarkan bila anda hendak memarutnya sendiri. Jika anda membuat dalam kuantiti yang banyak, bolehlah digunakan food processor dengan mata pisau pemarut yang sesuai. Kemudian, tapiskan air nanas. Ini untuk mengelakkan daripada memasaknya terlalu lama.

Kenapa sesetengah tat begitu rapuh sehingga ia cair di dalam mulut? Ini ada kaitan dengan jenis mentega yang anda gunakan. Mentega terbaik tentulah yang termahal. Ia diperbuat daripada krim atau lemak susu. Mentega tulen ini mudah cair atau lembik bila dibiar pada suhu bilik jika dibandingkan dengan mentega campuran.

Ada dua jenis mentega iaitu salted dan unsalted. Jenis salted mempunyai campuran garam dan lazimnya digunakan bila membuat pastri atau biskut. Manakala mentega unsalted yang lebih tawar sesuai untuk membuat kek. Namun kek tertentu masih memerlukan campuran garam untuk menaikkan rasanya.

Mentega campuran adalah kombinasi krim susu dengan minyak sayuran. Teksturnya tidak sehalus mentega tulen dan sukar untuk cair. Sesuai digunakan untuk membuat krim atau aising mentega. Ini kerana aising mentega perlu dipukul hingga gebu supaya ia ringan dan sedap dimakan.

Seperti membuat biskut atau tat lain, jangan pukul marjerin, mentega dan gula terlalu lama. Ini akan membuat biskut kembang dan tidak sempurna bentuknya. Memadai memukul dengan senduk kayu sahaja. Sebaik sahaja nampak sebati, terus masukkan bahan-bahan lain dan gaul perlahan.

Setelah memasukkan hampir semua bahan ayak, uli dengan tangan supaya menjadi doh. Jangan uli terlalu lama atau seperti membuat doh karipap. Haba dari tangan akan membuatkan doh tat menjadi berminyak dan menyukarkan bila anda hendak menerapnya.

Sesetengah orang memang mempunyai haba yang banyak di dalam badan dan mereka juga sukar bila membuat hiasan fondan pada kek. Ini kerana gula aising mudah berair bila mereka menyentuh atau mengulinya terlalu lama. Bagi mereka yang mempunyai masalah seperti ini, hendaklah mencelupkan tangan di dalam bekas berisi air ais. Kemudian lap dan mulakan proses menguli. Ia perlu dilakukan berulang kali sepanjang masa.

Alas papan pencanai dengan dua lapisan plastik supaya mudah untuk mencanai dan menerap. Jika ada doh yang terletak pada plastik semasa anda mengalihkannya ke tepi, ini bermakna doh anda agak lembik dan perlu dicampur dengan tepung. Jika doh melekat pada acuan, celupkan sedikit ke dalam tepung.

Harus diingat bahawa biskut mesti dibiarkan sejuk di atas redai sebelum disimpan. Ini akan memastikan ia tahan lama dan tidak lemau atau masuk angin. Jenis biskut yang mempunyai campuran kacang juga tidak boleh dicampur dengan biskut biasa tanpa kacang. Alaskan setiap lapisan tat dengan kertas kalis minyak supaya tidak melekat.

ANDAKAH ITU?


Untuk lebih jelas sila rujuk MYMETRO