Tuesday, March 30, 2010

PENTINGNYA ILMU PENGURUSAN MAKANAN

Sebenarnya kerja-kerja menguruskan makanan adalah diantara tugas surirumah yang tidak boleh dipandang ringan begitu sahaja. So, bagaimanakah pengurusan makanan yang betul?

Bagi seorang surirumah mengurus makanan adalah bermula dari pemilihan bahan mentah/makanan yang sesuai, kos, membuat belian, menyimpan, cara penyediaan/memasak serta mengitar semula makanan tersebut supaya tidak akan berlaku pembaziran.

Seorang isteri/ibu haruslah tahu makanan apa yg selayaknya untuk dihidangkan kepada keluarga dan tidak mengandungi unsur-unsur haram (bagi yang beragama islam) serta tidak memudaratkan kesihatan. Tabiat makan yang baik juga harus dititikberatkan dan ini adalah menjadi tanggungjawab kita sbg surirumah untuk menguruskannya secara baik. Kandungan zat yg terdapat di dalam sayur-sayuran hijau juga misalnya haruslah dikekalkan... tidak memasak terlampau lodoh dan menjadi tugas kita untuk memastikan pengurangan kandungan lemak/minyak berlebihan semasa memasak supaya tidak mengundang risiko obesiti dan kolesterol yg tinggi.

Tugas kita juga untuk memastikan apa yg kita masak tidak berlebihan bagi mengelakkan pembaziran. Jika ini berlaku, apa yg perlu kita lakukan ialah mengitar semula makanan tersebut menjadi satu bentuk baru contohnya :

1) Sambal belacan - ini anda boleh simpan di peti ais dan diguna semula namun demikian anda juga boleh mengitar semula menjadi rencah masakan nasi goreng.

2) nasi - nasi goreng. Ramai yg mungkin tidak mengetahui bahawa pada zaman dahulu ibu-ibu akan menjemur nasi yg berlebihan dan apabila telah benar-benar kering akan menjadikannya empeng dimakan dgn kelapa yg digaul dgn garam... ini amat jarang dilakukan oleh kita semua di zmn sekararang ni..

3) lauk-lauk berlebihan spt sardin, daging lebihan sup, kari dan sbgnya boleh dikitar semula menjadi topping pizza ataupun inti karipap.


4) Sirap/jus oren - anda boleh kitar semula untuk dijadikan jelly/agar-agar yg lazat.

Sebenarnya dalam hal ini ia memerlukan kekreatifan kita dalam mengurus keperluan makanan keluarga kita. Jadi sama-samalah kita menjadi golongan surirumah yang tahu mengurus makanan keluarga dengan baik agar kita tidak termasuk ke dalam golongan yang membazir.










No comments:

Post a Comment

Sila gunakan bahasa indah jika ingin meninggalkan sebarang komen, pihak ADMIN tidak bertanggungjawab atas segala salah laku atau ucapan yg boleh menggugat keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia atau mengaibkan mana-mana pihak. Andalah yg akan bertanggungjawab atas komen anda. HARAP MAKLUM.